Juventus tidak akan bersaing di pertandingan Eropah pada musim 2023/24 kerana terkait dengan kesalahan pengurusan kewangan adil / Financial Fairplay (FFP).

Gergasi Itali itu, yang tidak asing dengan kontroversi luar padang selepas skandal mengatur perlawanan menyaksikan mereka tersingkir dari Serie A pada 2006.

Musim lalu, mereka telah dipotong sepuluh mata pada Mei 2023 berikutan siasatan terhadap urusan perpindahan kelab yang menemui bukti laporan perakaunan palsu.

Selain pemotongan mata, beberapa ahli bekas lembaga Juve, yang meletak jawatan secara beramai-ramai pada November berikutan siasatan oleh pendakwa raya Turin terhadap dakwaan laporan kewangan palsu.

Selain itu, beberapa tokoh kelab turut dikenakan larangan daripada aktiviti bola sepak, termasuk bekas presiden Andrea Agnelli.

Juventus berada di tempat kedua dalam Serie A pada masa hukuman dijatuhkan, menyebabkan mereka tercicir daripada tempat ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.

Di mana mereka telah jatuh ke tempat ketujuh selepas pemotongan mata dibuat.

Bagaimanapun, kedudukan itu masih membolehkan mereka layak ke Liga Persidangan Europa musim ini.

Tetapi, menurut laporan dari Corriere dello Sport, Juventus telah mencapai persetujuan dengan UEFA yang akan menyaksikan mereka keluar daripada pertandingan Eropah sama sekali pada penggal ini.

Juventus memutuskan untuk tidak mencabar hukuman daripada UEFA itu atau berusaha meminta penangguhan hukuman.

Langkah yang pernah diambil AC Milan sebelum ini. Di mana mereka memutuskan untuk menerima hukuman pada tahun kedua selepas hukuman larangan bermain di Eropah dikenakan ke atas mereka.

Juventus mahu mengelakkan sebarang hukuman lanjut kerana melanggar peraturan kewangan dan, memutuskan untuk menjalani penggantungan dalam pertandingan itu lebih awal.

Tindakan ini juga dianggap bijak, kerana Juventus berhasrat untuk bermain di UCL pada musim 2024/25. Jadi, mereka telah melepaskan tempat untuk bermain di UECL pada musim ini.